Wednesday 9 March 2016

Bersedekah sambil Membeli bersama Telekung Iman Aisyar

Assalamualaikum.

Bismillahhirrahmanirrahim.
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Dengan rasa rendah hati, kami di Telekung Iman Aisyar ingin memaklumkan kepada anda yang dirahmati Allah bahawa:


Dengan setiap pembelian Telekung Iman Aisyar
RM5 akan disumbangkan kepada rumah kebajikan dan anak-anak yatim.



Telekung Iman Aisyar untuk bakal bidadari syurga umur antara 8 - 11 tahun.

InsyaAllah, dapatlah kita sama-sama memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Semoga sedekah kita ini sedikit sebanyak membantu mereka dan ia adalah asbab untuk kita menerima redha dan rahmat Allah swt.


Tuesday 8 March 2016

Telekung Iman Aisyar | Saiz 12 tahun ke atas


Assalamualaikum.

Sekarang ni cuaca sangat panas kat negara kita kan?
Puteri-puteri kita yang bersekolah dan bersolat di sekolah, 
pasti perlukan telekung solat yang selesa.
Kuranglah sikit bahang dan berpeluh tu.

Bukan saja di sekolah, malah di mana saja... 
telekung yang 'sejuk' dan selesa sebolehnya kita sebagai ibu bapa cuba belikan untuk puteri kita.
Tak salah invest lebih sikit untuk keperluan ibadah.
Ia bukan membazir atau nak menunjuk-nunjuk atau tabarruj.
Ia untuk keselesaan.

Bila dah selesa, InsyaAllah ia sedikit sebanyak dapat bantu anak kita bersolat dengan lebih khusuk dan bersemangat. 

Ia sebagai galakan untuk mereka bersolat sejak dari usia kecil lagi.
Bukankah mendidik biarlah dari rebungnya, dan ia semestinya selaras dengan seruan Islam untuk didik anak solat seawal usia 7 tahun.


Ni saya nak share koleksi Telekung Iman Aisyar untuk saiz 12 tahun ke atas.
InsyaAllah, ia pasti selesa untuk puteri-puteri kita.

Pilihan warna pun sangat cantik, lembut dan yang istimewanya ialah tambahan kombinasi lace yang sangat sweet.

Warna sesejuk air yang mengalir


Oren tak pernah menghampakan.




Selembut warna semanis sang puteri :)



Sesekali berwarna kontras namun masih dalam nada warna yang serasi


Ada beberapa lagi koleksi warna untuk saiz ini, nanti saya share dalam entry lain.



Material:
Turki Poly Cotton + Eyelash Lace

Harga:
RM175 (termasuk postage)


Whatsapp
Liza Ahmad:
012 - 283 7513 | 012 - 223 3941



MAKLUMAN
Dengan setiap pembelian Telekung Iman Aisyar
RM5 akan disumbangkan kepada rumah kebajikan dan anak-anak yatim.



Monday 7 March 2016

Telekung Iman Aisyar buat Bakal Bidadari Syurga

Syekh Ibn Baz Rahimahullah berkata:

 "Perhatikanlah keluarga dan jangan lalai dari mereka wahai hamba Allah. Hendaknya kalian bersungguh-sungguh untuk kebaikan mereka. Perintahkan putera puteri kalian untuk melakukan solat saat berusia tujuh tahun, pukullah mereka saat berusia sepuluh tahun dengan pukulan yang ringan yang dapat mendorong mereka untuk taat kepada Allah dan membiasakan mereka menunaikan solat pada waktunya agar mereka istiqomah di jalan Allah dan mengenal yang haq sebagaimana hal itu dijelaskan dari riwayat shahih dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam."

(Majmu Fatawa Bin Baz, 6/46)



Salah satu cara untuk memberi dorongan kepada puteri-puteri kita ialah dengan menghadiahkan mereka telekung solat yang cantik dan selesa untuk mereka.

Biarlah mereka memilih warna kegemaran mereka. 
InsyaAllah, mereka akan rasa dihargai, bersemangat dan teruja untuk menunaikan solat.

Sebab itulah, saya juga sebagai ibu kepada 2 bakal bidadari syurga ingin berkongsi dengan anda, ibu-ibu keistimewaan telekung Iman Aisyar.

Anda boleh mendapatkan telekung Iman Aisyar yang sangat berkualiti, selesa dan sangat cantik dengan padanan warna-warna yang pastinya disukai puteri anda.

InsyaAllah, next entry saya akan share lagi tentang Telekung Iman Aisyar.

Sehingga berjumpa lagi.

Wassalam.


Sunday 6 March 2016

Contact Me


Liza Ahmad
Founder & Owner
Telekung Iman Aisyar

Whatsapp:

012 - 283 7513
012 - 223 3941



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...